Barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair. Alhamdulillah telah selamat berlangsung majlis penyatuan dua hati antara Mohd Syazlan & Siti Zulaikha di Kuala Nal, Kelantan. Konsep kesederhanaan dan DIY yang diaplikasi sangat menambat hati. Sungguh. yang namanya walimah itu tidak harus melibatkan pembaziran. Kesepakatan antara keluarga dan orang kampung membolehkan aktiviti rewang dijalankan. Suatu adat yang perlu dikekalkan bagi mengutuhkan silaturahim antara keluarga dan masyarakat setempat. Semoga pasangan dikurniakan Allah kerahmatan dan keharmonian rumahtangga. Selamat bercinta sampai syurga.






No comments:
Post a Comment