Sunday, 30 March 2014

Engagement Sarah & Husein

Alhamdulillah telah termeterai janji antara 2 keluarga untuk menyatukan pasangan ini di dalam ikatan suci pernikahan. Insya'Allah dipermudahkan urusan mereka. Aminnn. Dan antara hikmah pertunangan itu adalah untuk membolehkan pasangan lebih mengenali diri antara satu sama lain serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Dalam majlis ini pihak keluarga perempuan telah membuat inisiatif untuk mempekenalkan seluruh ahli keluarga melalui persembahan multimedia dan penerangan dari bapa pihak perempuan. Cara ini bukan saja menarik dan terkini malah sangat membantu untuk mengenali keluarga dengan lebih baik. Semoga ini boleh menjadi contoh/idea untuk mencapai hikmah2 ikatan pertunangan dan pernikahan.



















Wednesday, 26 March 2014

Majlis Penyatuan Dua Jiwa Mohd Syazlan & Siti Zulaikha

Barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair. Alhamdulillah telah selamat berlangsung majlis penyatuan dua hati antara Mohd Syazlan & Siti Zulaikha di Kuala Nal, Kelantan. Konsep kesederhanaan dan DIY yang diaplikasi sangat menambat hati. Sungguh. yang namanya walimah itu tidak harus melibatkan pembaziran. Kesepakatan antara keluarga dan orang kampung membolehkan aktiviti rewang dijalankan. Suatu adat yang perlu dikekalkan bagi mengutuhkan silaturahim antara keluarga dan masyarakat setempat. Semoga pasangan dikurniakan Allah kerahmatan dan keharmonian rumahtangga. Selamat bercinta sampai syurga.  








Sunday, 9 March 2014

Walimatul Urus Dr Anwar Ridhwan & Hazwani


Dolu-dolu dok sebelah aku...la ni dok sebelah hubby...tahniah member sebelah kerusi...barakallahufikuma..selamat bercinta sampai syurga <3
















Majlis Perkahwinan Aliff & Azila


Another legend couple of @timeted batch; Aliff dan Azila. Barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair. Selamat bercinta sampai syurga... Some photos on your wedding. Enjoy ;)









Majlis Perkahwinan Siti Farezza & Pasangan


Time dok melayan mak buat urusan kt batu pahat tiba-tiba terserempak dengan cik senior sekolah merangkap anak kwn mak lalu dijemputnya aku meraikan hari bahagia beliau. Dek menerima jemputan mulut tak teringat nak menjeling kad jemputan. Lalu tak teringat nak mengambil tau nama pasangan cikgu farezza kita. Apapun mabrook diucapkan buat kak farezza dan pasangan. selamat bercinta sampai syurga...












Majlis resepsi Mohd Hanis & Siti Sofiah


Barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair. Mabrook buat kak pia n is. Semoga bahtera rumahtangga yang bakal ditempuhi sentiasa berada di bawah naungan kasih Ilahi. Selamat bercinta sampai syurga...